Ukraine tembak jatuh 24 dron dilancarkan Russia

Ukraine tembak jatuh 24 dron dilancarkan Russia

DRON Russia meletup di ruang udara Kyiv dalam satu serangan yang berlaku di ibu negara Ukraine pada September lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan pertahanan udara Ukraine berjaya menembak jatuh 24 daripada 29 dron yang dilancarkan oleh tentera Russia dalam satu serangan ke atas wilayahnya semalaman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kakitangan Am Angkatan tentera Ukraine dalam satu kenyataan.

Menurut tentera udara Ukraine, dron itu dimusnahkan di selatan wilayah Odesa, Mykolaiv dan wilayah tengah Kirohovrad.

Jelasnya, angkatan tentera Ukraine dengan kerjasama pasukan pertahanan udara memusnahkan 24 dron Shahed-131/136 di selatan dan tengah negara itu.

“Musuh meneruskan usahanya untuk memusnahkan pelabuhan dan infrastruktur lain di selatan.

“Malah, mereka juga melancarkan serangan ganas di kawasan tengah,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, sejumlah kemudahan infrastruktur di wilayah Kirohovrad turut terkena serangan sehingga mengakibatkan kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai kematian dilaporkan.

Sejak Julai lalu, apabila Moscow menarik diri daripada perjanjian diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membenarkan penghantaran bijirin melalui Laut Hitam, Russia meningkatkan serangan terhadap infrastruktur pengeksport bijirin Ukraine di wilayah Odesa dan Mykolaiv selatan. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya