Ukiran wajah manusia purba ditemukan di Amazon

Ukiran wajah manusia purba berusia 2,000 tahun ditemukan di Amazon 

PETROGLIF itu dikesan di tebing sungai di Amazon. - REUTERS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Wajah manusia purba dipercayai diukir pada batu kira-kira 2,000 tahun lalu, ditemukan oleh sekumpulan arkeologi di Sungai Negro, Amazon.   

Lapor Daily Mail, petroglif yang tersembunyi itu dikesan di tebing sungai selepas cuaca panas melampau minggu lalu menyebabkan paras air sungai menyusut ke tahap rendah dalam tempoh lebih seabad.

Kebanyakan ukiran di Sungai Negro itu terdiri daripada ekspresi muka seperti kelihatan tersenyum dan muram.

Dilaporkan, Sungai Negro merupakan anak sungai utama Amazon.  

Menurut pakar, beberapa ukiran itu pernah dilihat sebelum ini tetapi kini terdapat lebih banyak lagi variasi yang boleh membantu menentukan asal usulnya.

“Kesemua ukiran itu adalah prasejarah atau pra penjajah. Kami tidak boleh menentukan tarikh dengan tepat.

“Namun, berdasarkan bukti pendudukan manusia di kawasan itu, kami percaya ukiran berkenaan berusia sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun,” kata ahli arkeologi, Jaime de Santana Oliveira. 

Kawasan ukiran itu ditemukan dikenali sebagai Ponto das Lajes yang terletak di pantai utara Amazon berhampiran lokasi gabungan Sungai Rio Negro dan Solimoes.

Sebelum ini, beberapa ukiran tersebut pernah dikesan buat pertama kali dalam tempoh 12 tahun lalu.

Namun, selepas paras air sungai menyusut ke tahap paling rendah dalam tempoh 121 tahun, ukiran-ukiran yang lain turut ditemukan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya