Turkiye tahan 20 individu dikait insiden bom bunuh diri di Ankara - Utusan Malaysia

Turkiye tahan 20 individu dikait insiden bom bunuh diri di Ankara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turkiye menahan 20 orang yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Kurdistan yang mengaku bertanggungjawab atas letupan bom bunuh diri pada hujung minggu di ibu negara Ankara, lapor Agensi Berita dpa.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan atau PKK mengaku bertanggungjawab atas serangan pada Ahad, di mana seorang penyerang meletupkan dirinya di hadapan pintu masuk Kementerian Dalam Negeri dan seorang lagi mati ditembak oleh polis.

Dua anggota polis cedera ringan berbalas tembakan selepas letupan itu.

Semasa operasi keselamatan pada Isnin, senjata dan peluru dirampas semasa pemeriksaan, kata Kementerian Dalam Negeri.

Tentera Turkiye melakukan serangan udara ke atas kedudukan PKK di utara Iraq pada Ahad malam dan menyatakan ‘sejumlah besar pengganas telah ditumpaskan’.

Agensi Berita ANF yang ada kaitan dengan PKK mengesahkan serangan tersebut dan menulis bahawa pada awalnya tiada maklumat tentang kemalangan jiwa. Menurut kenyataan itu, serangan tersebut merosakkan infrastruktur awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya