Turkiye lancar serangan balas, bedil sasaran PKK di Iraq

Turkiye lancar serangan balas, bedil sasaran PKK di Iraq

ANGGOTA Pasukan Khas Polis Turkiye mengawal kawasan berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri susulan serangan bom di Ankara.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turkiye memaklumkan pesawat perangnya membedil sasaran Kurdish di utara Iraq berikutan insiden bom bunuh diri di bangunan kerajaan di ibu negara Ankara kelmarin.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 20 sasaran kumpulan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan itu dimusnahkan dalam operasi udara termasuk gua, tempat perlindungan dan depot.

Tentera Turkiye juga dilaporkan mempertingkatkan serangan udara di pangkalan PKK Iraq di Gara, Hakurk, Metina dan Qandil.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan bom berhampiran pintu masuk bangunan Kementerian Dalam Negeri di Ankara, mencederakan dua pegawai polis.

Penyerang kedua dilaporkan terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis.

Sebuah agensi berita yang rapat dengan PKK berkata, kumpulan itu mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Menurut agensi berita ANF, PKK sengaja merancang pengeboman itu bertepatan dengan pembukaan Parlimen dan mengaku serangan itu dilakukan oleh anggota pasukanya yang dikaitkan dengan kumpulan Batalion Abadi.

PKK ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh Turkiye, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU).

Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan letupan itu merupakan percubaan terbaharu untuk menimbulkan keganasan kepada rakyatnya.

“Mereka yang mengancam keamanan dan keselamatan rakyat gagal mencapai matlamat mereka dan tidak akan pernah berjaya mencapainya,” katanya.

PKK dan kumpulan militan ISIS sering melakukan serangan sedemikian dengan menyasarkan kawasan pelancongan dan pusat bandar Turkiye

Wartawan Al Jazeera, Sinem Koseoglu Al Jazeera yang melaporkan dari Istanbul berkata, keselamatan diperketatkan di sekitar bangunan Parlimen dan Kementerian Dalam Negeri di Ataturk Boulevard selepas serangan itu.

Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Kementerian Luar Malaysia mengutuk keras serangan tersebut dengan Pesuruhjaya EU, Oliver Varhelyi berkata badan itu sentiasa menyokong Turkiye dalam usaha memerangi keganasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya