Trump jalani perbicaraan kes penipuan sivil, dikhuatiri hilang perniagaan

Trump jalani perbicaraan kes penipuan sivil, dikhuatiri hilang perniagaan

DONALD Trump duduk bersama barisan peguamnya pada hari pertama perbicaraan kes penipuan sivil di New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluahkan kemarahannya dengan membidas hakim dan peguam negara pada hari pertama perbicaraan kes penipuan sivil yang diadakan di New York.

Tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan Trump disekat daripada menjalankan perniagaan di New York.

Trump, 77, yang berdepan beberapa tindakan undang-undang, mengecam kes penipuan perniagaan didakwa terhadapnya sebagai `penipuan’ yang bertujuan menjejaskan usahanya untuk merebut semula jawatan nombor satu di White House tahun depan.

“Ini ada kaitan dengan campur tangan dalam pilihan raya, ia amat jelas,”

“Apa yang kita dapat lihat di sini adalah cubaan untuk menggagalkan usaha saya dalam pilihan raya,” kata Trump ketika tiba pada perbicaraan kes yang dijangka berlangsung selama tiga bulan.

Hakim mahkamah New York, Arthur Engoron sebelum ini memutuskan Trump dan kedua anaknya, Eric dan Don Jr melakukan penipuan dengan menaikkan nilai hartanah dan aset kewangan Organisasi Trump selama bertahun-tahun.

Peguam Negara New York, Letitia James kini menuntut AS$250 juta (RM1.18 bilion) sebagai penalti serta penyingkiran Trump dan anak-anaknya daripada pengurusan empayar keluarganya.

“Kebenaran dan keadilan pasti akan ditegakkan.

“Tidak kira betapa hebatnya anda, tidak kira berapa banyak wang yang dimiliki, tidak ada sesiapa pun akan terlepas daripada undang-undang,” kata James kepada wartawan.

Dilaporkan, Trump tidak dikehendaki untuk menghadiri hari pertama perbicaraan, namun beliau memilih untuk hadir dan duduk bersama barisan peguamnya.

“Ini adalah satu penipuan. Penyata kewangan saya adalah luar biasa,” katanya kepada pemberita sebelum memasuki bilik mahkamah di Manhattan.

Ketika sesi prosiding berhenti rehat seketika, Trump mengecam dan menyifatkan perbicaraan kes itu `amat memalukan yang dikemukakan oleh peguam negara yang korup’.

Dilaporkan, tiada juri dalam perbicaraan itu yang bermakna nasib Trump berada sepenuhnya di tangan Engoron.

Kes berkenaan merupakan yang pertama daripada beberapa pendakwaan lain yang bakal dihadapi bekas presiden itu.

Trump dijangka hadir untuk menghadapi perbicaraan di hadapan seorang Hakim Persekutuan di Washington pada 4 Mac tahun depan atas tuduhan cuba menggulingkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2020 yang dimenangi oleh pemimpin, Demokrat, Joe Biden.

Beliau kemudian akan kembali ke mahkamah New York atas pertuduhan membayar wang kepada pelakon lucah, sebelum hadir perbicaraan di mahkamah Persekutuan di Florida atas tuduhan salah kendali dokumen sulit selepas meninggalkan White House.

Bekas presiden AS itu juga perlu berdepan pertuduhan negeri di Georgia yang mana pendakwa raya mendakwa Trump cuba mengubah keputusan pilihan raya negeri selatan 2020 yang memihak kepadanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya