Trump gesa polis tembak penjenayah rompak kedai

Trump gesa polis tembak penjenayah rompak kedai 

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANAHEIM: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa polis bertindak lebih tegas dengan menembak mana-mana individu yang didapati merompak premis perniagaan.   

Trump dikatakan cuba memenangi hati penyokongnya dengan membuat ucapan kontroversi itu di konvensyen Parti Republikan California di Anaheim.

Bekas presiden AS itu ketika berucap menggalakkan hukuman tegas terhadap penjenayah sekali gus menandakan mesej jelas beliau mengenai jenayah yang sudah lama wujud.   

“Kami akan menghentikan semua rompakan dan kecurian dengan serta-merta.

“Sekiranya anda merompak kedai, anda boleh ditembak semasa meninggalkan premis itu, semudah itu, tembak sahaja,” katanya. 

Ucapan Trump mendapat tepukan gemuruh dalam kalangan ahli dan penyokong di konvensyen tersebut.  

Trump merupakan antara calon presiden dari Republikan yang muncul pada acara diadakan di kubu kuat parti Demokrat. 

Sebelum ini, bekas presiden AS itu pernah melontarkan cadangan menembak kumpulan migran bagi menghalang mereka daripada menyeberangi sempadan.

Bekas Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper dalam buku dan beberapa wawancara mendakwa Trump pernah bertanya mengenai menembak penunjuk perasaan ketika demonstrasi tercetus akibat kematian lelaki kulit hitam, George Floyd.

Beliau juga pernah mencadangkan hukuman mati dikenakan terhadap pengedar dadah, penyeludupan manusia dan individu disabitkan dengan kesalahan membunuh polis. 

Semasa tahun pertama memegang jawatan Presiden AS, Trump menasihatkan polis agar bersikap lebih tegas ketika mengendalikan suspek ditahan dalam kes jenayah.

Sementara itu, Trump menerusi ucapannya turut mengadu bahawa penduduk kaya di Beverly Hills kerap `berbau busuk’ kerana golongan berkenaan tidak mendapat akses bekalan air bersih.

Selain itu, beliau juga mengulangi dakwaan berlaku penipuan pilihan raya yang berleluasa. – AP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya