GAZA: Sejumlah trak yang membawa bantuan kemanusiaan mula memasuki Semenanjung Gaza menerusi lintasan Rafah hari ini.
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmuqaddis menerima maklumat mengenai lintasan Rafah yang terletak antara Mesir dan Gaza sudah dibuka pada pukul 10 pagi waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).
Namun, beberapa sumber memaklumkan, trak tersebut bukan kepunyaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebaliknya milik Bulan Sabit Merah Mesir.
Jumlah trak yang masuk ke Gaza buat masa ini juga tidak dapat dipastikan.