Tragedi tikaman di sekolah: Perancis kerah 7,000 tentera - Utusan Malaysia

Tragedi tikaman di sekolah: Perancis kerah 7,000 tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis memaklumkan negaranya akan mengerahkan sebanyak 7,000 anggota tentara selepas mengisytiharkan amaran peringkat tertinggi berikutan insiden kematian seorang guru yang ditikam oleh seorang lelaki dari Chechen.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga individu lain cedera di sebuah sekolah di bandar timur laut Arras yang mempunyai populasi besar penduduk Islam dan Yahudi.

Mangsa meninggal dunia merupakan guru warga Perancis yang dikenali sebagai Dominique Bernard.

Polis menahan penyerang yang disyaki bernama Mohammed Moguchkov.

Menurut sumber dan beberapa ahli keluarga mangsa, Moguchkov merupakan antara 10 suspek yang ditahan.

Pihak berkuasa mendakwa, kejadian itu mungkin mempunyai kaitan dengan konflik berterusan di Asia Barat, dengan Presiden Emmanuel Macron mengecam insiden itu sebagai tindakan ‘keganasan’.

Menurut istana presiden Elysee, kerahan anggota tentera dari Operasi Sentinelle akan selesai pada Isnin depan.

Sentinelle merupakan operasi ketenteraan Perancis melibatkan penempatan polis dan tentera sejak serangan Januari 2015 bagi melindungi bahagian negara yang dianggap sensitif daripada keganasan.

Menurut Macron, mangsa yang terkorban mungkin menyelamatkan banyak nyawa kerana keberaniannya menghalang penyerang.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berpandangan kejadian itu kemungkinan mempunyai kaitan dengan situasi berlaku di Asia Barat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya