Tindakan Israel hanya ‘makan diri’ - Obama

Tindakan Israel hanya ‘makan diri’ – Obama

KANAK-KANAK Palestin menerima makanan di sebuah sekolah di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sesetengah tindakan Israel dalam perang menentang Hamas, termasuk dengan memutuskan bekalan air dan makanan secara jelas memang memudaratkan penduduk di Semenanjung Gaza selama ‘beberapa generasi’.

Namun, pada masa yang sama, tindakan itu juga boleh ‘melemahkan sokongan antarabangsa’ terhadap Israel, menurut bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Obama yang jarang memberikan ulasan dalam krisis polisi antarabangsa menegaskan, apa sahaja strategi ketenteraan Israel dalam perang berkenaan yang mengabaikan nilai kemanusiaan hanya akan ‘memakan diri’ mereka sendiri.

“Keputusan kerajaan Israel menghentikan bekalan makanan, air dan elektrik di Gaza tidak hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan, malah turut menjejaskan rakyat Palestin selama beberapa generasi akan datang, menghakis sokongan global kepada Israel serta merosakkan usaha jangan panjang untuk mencapai perdamaian dan kestabilan di rantau berkenaan,” tegas Obama.

Israel melancarkan serangan udara ke Gaza tanpa henti susulan serangan dilancarkan oleh Hamas terhadap wilayah itu pada 7 Oktober lalu.

Serangan Hamas mengorbankan 1,400 rakyat Israel, manakala serangan balas Israel pula menyebabkan lebih 5,000 rakyat Palestin terkorban.

Obama dalam masa sama mengutuk serangan dibuat Hamas dan mengulangi sokongannya kepada Israel untuk mempertahankan diri, namun dalam masa masa sama menyatakan kebimbangan perang meragut nyawa orang awam.

Belum jelas sama ada Obama sudah berkoordinasi dengan Presiden Joe Biden yang pernah menjadi Naib Presiden beliau selama lapan tahun.

Semasa perkhidmatannya sebagai Presiden, Obama sering bersetuju dengan tindakan Israel mempertahankan diri mereka ketika permulaan konflik dengan pasukan Hamas dari Palestin, tetapi dengan pantas menggesa Israel meredakan serangan selepas berlaku kematian rakyat Palestin akibat serangan udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya