Tidak gentar ditangkap polis, rakyat Eropah turun padang sokong Palestin

Tidak gentar ditangkap polis, rakyat Eropah turun padang sokong Palestin

PENDUDUK London berhimpun dan berarak sebagai tanda solidariti buat Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Puluhan ribu orang berhimpun dan berarak di London serta beberapa bandar lain di United Kingdom (UK) bagi menunjukkan solidariti terhadap Palestin yang ketika ini berdepan situasi rumit ekoran serangan Israel.

Tidak mempedulikan amaran polis yang menyatakan sesiapa menyokong Hamas bakal ditahan, peserta demonstrasi berarak secara aman sambil mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk mengutuk serangan Israel.

Perarakan serupa juga diadakan di Manchester, Edinburg dan Glasgow.

Di London, penunjuk perasaan berhimpun berhampiran ibu pejabat bilik berita BBC sebelum bergerak menuju ke pejabat Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.

Beberapa kawasan bangunan di kota raya ini turut disimbah dengan cat merah yang melambangkan darah setiap rakyat Palestin yang dibunuh Zionis.

“Saya rasa semua orang di seluruh dunia, bukan sahaja di Britain perlu berdiri teguh menyokong Palestin dan mendesak supaya kekejaman Zionis dihentikan.

“Jika ini tidak dihentikan, kita akan saksikan perkara yang kita tidak diingini dalam tempoh beberapa hari akan datang,” kata Pengerusi Kempen Sahabat Al-Aqsa, Ismail Patel.

Perhimpunan besar-besaran itu dilakukan selepas tentera Israel terus melancarkan serangan demi serangan terhadap penduduk di Gaza, menyaksikan kemusnahan yang besar dan ribuan orang terbunuh termasuk kanak-kanak.

Dalam pada itu, polis London memaklumkan, mereka menempatkan 1,000 anggota polis untuk mengawal situasi.

Menerusi perkembangan baharu, pihak berkuasa memaklumkan tiada sebarang penangkapan dibuat dalam demonstrasi tersebut.

Dalam pada itu, beratus-ratus berhimpun di Stockholm sebagai membantah serangan Israel terhadap wilayah berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

‘Free Palestine’, ‘Free Jerusalem’ dan ‘Freedom for Gaza’ dilaungkan dan bendera Palestin dikibarkan oleh rakyat Sweden, Palestin, Arab dan dari pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya