Tiada siapa dalam kerajaan Israel percayakan Netanyahu - Utusan Malaysia

Tiada siapa dalam kerajaan Israel percayakan Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kesilapan Perdana Menteri Israel, Bnjamin Netanyahu yang menuduh kecuaian para pegawai pertahanan sehingga menyebabkan wilayah haram itu diserang Hamas pada 7 Oktober lalu terus menjadi perhatian pelbagai pihak.

Penganalisis memaklumkan, sikap Netanyahu itu menyebabkan beliau semakin tidak dipercayai dalam kerajaan, termasuk anggota Kabinetnya.

“Konflik yang berlaku ketika ini lebih besar dan kritikal berbanding yang terjadi sebelum ini.

“Sehubungan itu, kita mahukan perdana menteri yang bertanggungjawan dan boleh dikatakan tiada sesiapa percaya dengan Netanyahu ketika ini,” kata penganalisis Asia Barat, Yossi Mekelberg.

Terdahulu, Netanyahu dikecam kerana menuduh barisan ketua keselamatannya gagal memberi amaran mengenai serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Netanyahu memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran dalam media sosial sebelum ia dipadam selepas banyak pihak kurang senang dengan sikap beliau.

“Tiada satu pun amaran diberikan kepada Perdana Menteri mengenai niat Hamas untuk memulakan perang ini.

“Sebaliknya, semua pegawai pertahanan hanya menilai Hamas ‘tidak mampu lakukan apa-apa’,” tulis Netanyahu dalam platform X.

Selepas dikecam, Netanyahu kemudiannya memohon maaf dan memaklumkan semua pemimpin keselamatan Israel ‘sentiasa mendapat sokongannya’.

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Liberman berkata, Netanyahu tidak berminat dengan keselamatan dan memikirkan soal tebusan yang ditahan Hamas.

“Beliau hanya fikirkan soal politik dan itu sahaja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya