GAZA: Tentera Israel menyiarkan imej yang menunjukkan tenteranya bersiap sedia untuk aktiviti darat di Gaza.
Gambar-gambar itu dilaporkan muncul di akaun rasmi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di laman sosial X.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam ucapan di televisyen berkata, Israel memasuki tahap kedua peperangannya dengan Hamas dan sudah mengerahkan tentera dan komander di seluruh Semenanjung Gaza.
“Ini akan menjadi perang yang panjang dan sukar. Kami akan berjuang dan kami tidak akan menyerah. Kami tidak akan berundur dari atas tanah dan bawah tanah,” tambahnya.-AGENSI