Tembakan di Lewiston disifatkan insiden terburuk di AS - Utusan Malaysia

Tembakan di Lewiston disifatkan insiden terburuk di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan insiden tembakan rambang di bandar Lewiston, Maine yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan menyebabkan puluhan lagi cedera.

Kejadian tembakan itu turut disifatkan insiden paling buruk di AS sepanjang tahun ini.

Polis mengenal pasti Robert R. Card, 40, sebagai suspek kes itu selepas memuat naik gambar di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki memegang senapang separa automatik.

Polis berkata, Card dilihat dalam rakaman pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) mengacukan senjata itu ketika berjalan ke lorong bowling di bandar Lewiston.

Lapor CNN yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang, Card merupakan tenaga pengajar senjata api bertauliah dan ahli Rizab Tentera AS.

“Kami mempunyai ratusan pegawai polis yang bekerja di sekitar Maine untuk menyiasat kes ini dan mengesan Card.

“Kenderaan penyelamat bergegas masuk dari sekitar tengah Maine untuk merawat mangsa yang cedera dan dua hospital Lewiston memanggil setiap kakitangan yang tidak bertugas untuk tampil membantu,” kata Pesuruhjaya Keselamatan Awam Maine, Mike Sauschuck.

Lebih 50 orang turut cedera dalam kejadian yang mengejutkan itu.

The Sun Journal, memetik jurucakap polis Lewiston, melaporkan tembakan berlaku di tiga premis perniagaan berasingan di Maine.

Suspek dilihat mengangkat senjatanya sebelum menembak orang ramai secara rambang di pusat bowling Sparetime Recreation, restoran Schengenees Bar & Grille di Lincoln Street dan pusat pengedaran Walmart.

Beberapa sekolah dan institusi pendidikan Maine, termasuk Kolej Bates dilaporkan terpaksa ditutup akibat kes itu.

Polis Maine menerusi laman media sosial X turut mengarahkan premis ditutup dan memberi amaran kepada orang ramai supaya berjaga-jaga serta meminta mereka untuk mengunci pintu rumah ketika pihak berkuasa melakukan siasatan di beberapa lokasi bagi menahan suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya