Tegur henti main Nintendo, guru dibelasah pelajar autisme hingga pengsan

Tegur henti main Nintendo, guru dibelasah pelajar autisme hingga pengsan

RAKAMAN CCTV menunjukkan Joan Naydich diserang dengan oleh Brendan Depa di dalam kawasan Sekolah Tinggi Matanzas di Palm Coast, Florida.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALM COAST: Guru wanita di Florida yang dibelasah teruk oleh seorang pelajar autisme dalam kejadian Februari lalu dilaporkan enggan menyokong rayuan hukuman yang lebih ringan untuk remaja itu.

Guru Sekolah Tinggi Matanzas, Joan Naydich diserang dengan ganas oleh Brendan Depa selepas dia menyuruh pelajar berkenaan berhenti bermain permainan Nintendo Switch miliknya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Depa dilihat menolak menumbuk, menendang dan memijak Naydich beberapa kali di badan serta kepala sehingga dia terbaring tidak sedarkan diri.

Tindakan remaja autisme berbadan besar itu segera dihalang oleh kakitangan lain yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan.

Naydich kemudian dibawa ke hospital selepas serangan itu dan Depa didakwa sempat mengugut mahu bunuh guru tersebut ketika ditangkap polis.

Depa kini dilaporkan didakwa sebagai orang dewasa dan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun atas pertuduhan jenayah tahap pertama menyebabkan kecederaan teruk pada mangsa.

Lapor New York Post, remaja kulit hitam itu yang pada mulanya didakwa sebagai pesalah juvana dilaporkan bersedia untuk mengaku bersalah dalam usaha mengelak tempoh panjang hukuman penjara.

Menurut laman berita Flagler Live, Naydich yang berjaya meraih dana lebih AS$100,000 (RM472,749) melalui halaman GoFundMe, tidak menunjukkan minat untuk mengurangkan hukuman yang mungkin dihadapi Depa.

“Saya berharap kesedaran tentang insiden ini tersebar luas sekali gus menghalang orang lain daripada berhadapan dengan trauma, penyembuhan fizikal dan gangguan kehidupan seharian disebabkan kejadian serupa,” kata Naydich di laman itu.

Depa yang mempunyai tiga tangkapan sebelum serangan Februari lalu dijadualkan memberi pengakuannya bulan depan dan akan dijatuhkan hukuman dalam prosiding berasingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya