TAITUNG: Taufan Koinu yang melanda pinggir selatan Taiwan hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan mencapai rekod 340 kilometer sejam.
Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya 190 mangsa cedera dan berlaku kemusnahan besar-besaran tetapi tiada kematian dilaporkan.
Pulau Orkid menyaksikan tiupan angin bersamaan dengan 342.72 kilometer sejamketika Taufan Koinu bergerak ke barat menuju selatan Taiwan.
Menurut Pentadbiran Cuaca Pusat, berkata tiupan angin dengan kelajuan maksimum 95.2 meter sesaat yang diukur di Pulau Orkid malam tadi adalah rekod baharu di Taiwan.
Pakar berkata perubahan iklim menjadikan laluan ribut tropika lebih sukar untuk diramal selain peningkatan kadar hujan, banjir kilat dan angin ribut kuat.
Taiwan mengalami ribut tropika yang kerap dari Mei hingga November. Hari ini, sekolah dan pejabat ditutup sebagai persediaan menghadapi Koinu.
Lebih 200 penerbangan antarabangsa dan domestik dibatalkan, manakala hampir 3,000 orang di kawasan pergunungan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Penduduk yang tinggal di daerah selatan Taitung diminta menyimpan bekalan makanan menjelang taufan itu.
“Jalan raya lengang ketika hujan membasahi wilayah itu, dengan angin kencang memusnahkan papan tanda jalan dan bumbung.
Koinu melanda kira-kira sebulan selepas Taiwan ketibaan taufan Haiku, dalam empat tahun yang memaksa hampir 8,000 orang ramai berpindah dari kediaman.
Ia dijangka menjadi lemah apabila bergerak ke arah perairan pantai wilayah Guangdong timur China.