Tak salah Gibran tanding naib presiden - Prabowo

Tak salah Gibran tanding naib presiden – Prabowo

PRABOWO SUBIANTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto mengecam tanggapan negatif dilemparkan terhadap dinasti politik Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas anaknya, Gibran Rakabuming Raka diumumkan sebagai calon naib presiden.

Gibran kini menjadi pasangan calon naib presiden Prabowo pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024.

Lapor CNN Indonesia, Prabowo berpandangan tiada salahnya Gibran diangkat sebagai calon jika matlamatnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Kami adalah dinasti merah putih dan dinasti patriotik. Kami mahu berkhidmat kepada rakyat.

“Sekiranya dinasti Pak Jokowi ingin berbakti kepada rakyat, mengapa tidak boleh dan apa salahnya untuk berbuat demikian,” kata Prabowo yang juga merupakan calon presiden Indonesia.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat parti Gerinda diadakan di Jakarta.

Prabowo bersama parti politik Gabungan Indonesia Maju (KIM) menyokong pencalonan Gibran sebagai naib presiden.

Gibran merupakan anak sulung Jokowi yang kini menjawat jawatan Datuk Bandar Solo.

Beberapa pemerhati politik menganggap Gibran mewakili dinasti politik yang dibangunkan Jokowi.

Ketika ini, KIM diketuai oleh Parti Gerinda, Golkar, Demokrat, PAN, PBB, Parti Gelora, Parti Prima dan Parti Garuda.

Prabowo dan Gibran bercadang untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia 25 Oktober ini.

Sementara itu, Prabowo menegaskan beliau tidak akan menggunakan fasiliti dan infrastruktur kerajaan pada pilihan raya presiden akan datang.

Jelas Prabowo, beliau juga tidak pernah menggunakan kemudahan kerajaan di luar tugasnya sebagai menteri pertahanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya