Sweden haramkan kenderaan guna petrol, diesel

Sweden haramkan kenderaan guna petrol, diesel

STOCKHOLM akan mengharamkan kenderaan menggunakan petrol dan diesel dalam usaha meningkatkan kualiti udara. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Pihak berkuasa Sweden bakal menjadi ibu kota pertama mengharamkan kenderaan yang menggunakan bahan api petrol dan diesel di kawasan pusat bandarnya menjelang tahun 2025.

Lapor The Guardian, langkah itu bakal dilaksanakan dalam usaha mengurangkan pencemaran udara dan bunyi.

Mulai 2025, sebanyak 20 blok kawasan di tengah bandar Stockholm meliputi lokasi tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah dan bangunan pejabat akan dihadkan kepada penggunaan kenderaan elektrik sahaja.

Bagaimanapun, Naib Datuk Bandar bagi Pengangkutan, Lars Stromgren memaklumkan keputusan sama ada mahu memperluaskan zon berkenaan hanya akan dilakukan pada awal tahun 2025.

“Pada masa ini, kualiti udara di Stockholm boleh mengakibatkan bayi mengalami masalah paru-paru serta menjejaskan kesihatan warga emas sehingga menyebabkan mereka meninggal dunia.

“Kita perlu mengurangkan pembebasan gas berbahaya yang dihasilkan oleh kenderaan menggunakan bahan api petrol dan diesel.

“Atas sebab itu, kami memperkenalkan zon pelepasan rendah setakat ini,” katanya.

Ketika ini, sebilangan bandar sudah memperkenalkan beberapa program menangani pencemaran udara namun Stockholm dikatakan jauh ke hadapan berbanding bandar berkenaan.

Dilaporkan, Paris, Athens dan Madrid hanya mengharamkan kenderaan yang menggunakan diesel.

Kota London pula dikatakan mempunyai skim pengecasan yang merangkumi penggunaan enjin pembakaran paling mencemarkan.

“Kebanyakan bandar melaksanakan zon pelepasan rendah yang mana kenderaan dengan kadar pelepasan (gas) tinggi hanya dibenarkan memandu selepas membayar caj.

“Model bakal diguna pakai Stockholm lebih luas, kenderaan menggunakan petrol dan diesel diharamkan. Ia lebih baik berbanding zon pelepasan ultra rendah London,” katanya.

Menurut Stromgren, pihaknya juga memberi penekanan terhadap sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai pejalan kaki dan penunggang basikal dalam usaha meningkatkan kualiti udara yang jauh lebih baik.

Tambahnya, program itu juga merupakan sebahagian daripada bandar yang menempatkan beberapa syarikat berminat menerajui perubahan kepada masa depan lebih mampan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya