Suspek tembakan Siam Paragom dihantar ke pusat penilaian psikiatri - Utusan Malaysia

Suspek tembakan Siam Paragom dihantar ke pusat penilaian psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Remaja berusia 14 tahun yang menjadi suspek kes tembakan maut di sebuah pusat beli-belah di Bangkok, Selasa lalu, telah dihantar ke Institut Galya Rajanagarindra selama lima hari untuk menjalani penilaian psikiatri oleh pakar.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemerhatian dan Perlindungan Juvana, Komol Prompeng, semalam, sebagaimana dilaporkan oleh Thai PBS World.

Seorang lagi Timbalan Ketua Pengarah, Siriprakai Worapreecha pula berkata ketika berada di rumah kebajikan jabatan berkenaan, suspek lelaki itu jarang bercakap, enggan makan dan kelihatan bimbang tetapi tidak menangis.

Siriprakai berperanan berunding dengan petugas perubatan di Institut Galya Rajanagarindra mengenai cara berurusan dengan remaja itu.

Katanya, beliau akan memaklumkan kepada Mahkamah Juvana dan Keluarga bahawa suspek perlu diperhatikan oleh pakar bagi menentukan protokol rawatan yang betul.

Dalam insiden di pusat beli-belah Siam Paragon, suspek yang bersenjatakan pistol dan berpakaian taktikal didakwa melepaskan tembakan rambang sehingga mengorbankan masing-masing seorang warga China dan Myanmar, selain mencederakan lima lagi mangsa.

Menurut polis, remaja itu kelihatan mengalami halusinasi dan tidak bercakap secara koheren ketika disoal siasat.

Susulan itu, dua lelaki ditahan di wilayah Yala kerana disyaki menjual pistol replika Glock 19 kepada remaja terbabit sebelum ia digunakan dalam insiden tembakan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya