Suspek tembakan rambang di Lewiston, maut

Suspek tembakan rambang di Lewiston, maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Suspek insiden tembakan rambang di bandar Lewiston, Maine di Amerika Syarikat (AS) yang mengorbankan puluhan orang dilaporkan sudah meninggal dunia.

Laporan CNN yang memetik beberapa sumber mendakwa Robert R. Card, 40, maut akibat luka tembakan di kepala.

Menurut sumber, mayat Card ditemukan di hutan berhampiran Lisbon, kira-kira 12.78 kilometer (km) dari Lewiston.

CNN yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang melaporkan suspek itu ditemukan di kawasan berhampiran kilang kitar semula, lokasi dia dipecat baru-baru ini.

Terdahulu, polis melancarkan gerakan memburu Card sejak kejadian tembakan berlaku pada petang Rabu lalu.

Polis mengenal pasti Card sebagai suspek kes itu selepas memuat naik gambar di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki memegang senapang separa automatik.

Card dilihat dalam rakaman pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) mengacukan senjata itu ketika berjalan ke lorong bowling di bandar Lewiston.

Sebelum ini, CNN yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang melaporkan Card merupakan tenaga pengajar senjata api bertauliah dan anggota simpanan tentera AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya