Suspek bunuh Tupac Shakur didakwa selepas hampir 3 dekad

Suspek bunuh Tupac Shakur didakwa selepas hampir 3 dekad

GAMBAR penahanan Duane 'Keffe D' Davis ditunjukkan pada skrin semasa sidang akhbar Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang bekas ketua geng jenayah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh membabitkan kejadian tembakan penyanyi rap terkenal, Tupac Shakur di Las Vegas hampir tiga dekad lalu.  

Kes jenayah yang gagal diselesaikan sejak sekian lama itu dianggap `detik penentuan’ yang memberikan impak dalam sejarah industri muzik rap.

Duane ‘Keffe D’ Davis, 60, yang merupakan satu-satunya suspek masih hidup berkaitan siasatan pembunuhan Tupac, ditahan di luar rumahnya sehari selepas juri besar Nevada mendakwa individu berkenaan.

Pendakwaan itu dibuat dalam satu perbicaraan yang mana hakim memerintahkan Davis kekal dipenjarakan tanpa diikat jamin sehingga prosiding seterusnya ditetapkan pada Rabu depan.    

Davis didakwa dengan tuduhan membunuh menggunakan senjata api atas peranannya dalam mengetuai sekumpulan individu untuk menembak Tupac di Las Vegas pada 1996.

Pihak berkuasa menyifatkan Davis sebagai individu bertanggungjawab dalam serangan `membalas dendam’ atas insiden pergaduhan membabitkan anak saudaranya, Orlando Anderson.

“Davis merancang pelan itu yang dijalankan untuk melakukan jenayah ini,” kata leftenan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Jason Johansson.   

Davis merupakan bapa saudara kepada Orlando, salah seorang pesaing Tupac, yang sudah lama disyaki pihak berkuasa terbabit dalam kematian penyanyi rap itu.

Anderson terlibat dalam pergaduhan kasino yang membabitkan Tupac dan rakan-rakannya pada malam kematian penyanyi itu.

Pada malam 7 September 1996, Tupac, yang menghadiri sebuah perlawanan tinju ketika kejadian, terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan individu tidak dikenali yang menaiki kereta jenis Cadillac putih. 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hit Em Up itu meninggal dunia selepas enam hari terlantar di hospital. 

Beberapa bulan selepas insiden berkenaan, penyanyi rap, Christopher Wallace atau Notorious B.I.G pula ditembak mati di Los Angeles.

Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Tupac. – REUTERS/AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya