Suhu air meningkat, ratusan ikan lumba-lumba mati di Amazon

Suhu air meningkat, ratusan ikan lumba-lumba mati di Amazon

IKAN lumba-lumba yang ditemukan mati di Amazon. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Lebih seratus ekor ikan lumba-lumba ditemukan mati di Amazon, Brazil ketika musim kemarau berpanjangan dan suhu air tinggi direkodkan di beberapa tempat melebihi 39 darjah Celsius.

Lapor CNN, Institut Mamirauá memaklumkan kesemua bangkai ikan berkenaan dijumpai di Tasik Tefé sejak tujuh hari lalu.

Institut Mamirauá merupakan pusat penyelidikan yang dibiayai oleh Kementerian Sains Brazil.

Pusat penyelidikan itu menyifatkan kejadian tersebut sebagai luar biasa, selain berpandangan suhu tasik yang tinggi dan kemarau berpanjangan di Amazon mungkin menjadi puncanya.

Kejadian itu kemungkinan meningkatkan kebimbangan para saintis iklim terhadap kesan aktiviti manusia dan kemarau buruk dialami di rantau berkenaan.

“Masih awal untuk menentukan punca kejadian ekstrem ini.

“Namun, pakar kami berpandangan ia berkaitan dengan tempoh kemarau dan suhu tinggi di Tasik Tefé yang mana beberapa bahagian melebihi 39 darjah Celsius,” jelas Institut Mamirauá.

Sungai Amazon kini dilanda musim kemarau dan beberapa spesimen fauna sungai juga didapati mengalami rekod suhu yang tinggi.

Dilaporkan, para penyelidik dan aktivis cuba menyelamatkan ikan lumba-lumba masih hidup dengan memindahkan hidupan marin itu dari lagun dan kolam di pinggir ke badan utama sungai yang mana airnya lebih sejuk.

Namun, misi itu tidak mudah disebabkan kawasan yang agak terpencil.

“Langkah memindahkan ikan lumba-lumba itu ke sungai lain adalah tidak begitu selamat.

“Adalah penting untuk memeriksa sama ada terdapat toksin atau virus sebelum melepaskan hidupan marin itu,” kata penyelidik dari Institut Mamiraua, André Coelho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya