Serangan Israel jejas operasi dua lapangan terbang utama Syria

Serangan Israel jejas operasi dua lapangan terbang utama Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Serangan udara dilancarkan Israel ke atas Syria mengakibatkan operasi di dua lapangan terbang utama negara itu terpaksa dihentikan, lapor media kerajaan yang memetik sumber pertahanan.

Menurut Kementerian Pengangkutan Syria, penerbangan terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang Latakia.

Serangan udara Israel berulang kali menyebabkan penangguhan penerbangan di lapangan terbang di ibu kota Damsyik dan bandar utara Aleppo.

Ini merupakan kali kedua serangan secara serentak menyasarkan kemudahan itu sejak konflik antara Israel dan Palestin tercetus pada bulan ini.

“Sekitar pukul 5.25 pagi (waktu tempatan), tentera Israel melancarkan serangan udara menyasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo sehingga mengakibatkan seorang pekerja maut dan seorang individu cedera.

“Kerosakan yang dialami pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat digunakan,” kata sumber dalam kenyataan disiarkan agensi berita SANA.

Menurut sumber, serangan udara secara serentak itu dilancarkan dari arah barat Mediterranean Latakia dan dari arah Golan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya