ISTANBUL: Turkiye mengutuk pembunuhan orang awam dan menentang serangan bom ‘sembarangan’ ke atas Gaza, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
“Kami amat menentang pembunuhan orang awam. Kami tidak boleh menerima pembunuhan beramai-ramai orang yang tidak bersalah dan tidak berdaya di Gaza dengan pengeboman sembarangan secara berterusan.
“Ia bukan peperangan tetapi pembunuhan beramai-ramai apabila anda gunakan semua jenis cara yang memalukan,” kata Erdoğan.
Beliau berkata, Israel menafikan bekalan asas kemanusiaan kepada rakyat Gaza, termasuk air dan elektrik, sambil menyasarkan infrastruktur seperti tempat ibadat dan sekolah.