Sentuh lengan pegawai keselamatan, pelajar ditahan di Dubai

Sentuh lengan pegawai keselamatan, pelajar ditahan di Dubai

ELIZABETH Polanco de Los Santos ditahan di Dubai sebelum ini hanya kerana menyentuh lengan pegawai keselamatan di lapangan terbang. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Seorang pelajar kolej dari New York, Amerika Syarikat (AS) ditahan selama lebih dua bulan di Dubai kerana didakwa menyentuh lengan pegawai keselamatan ketika melakukan transit di lapangan terbang negara itu.

Malah, Elizabeth Polanco de los Santos turut berdepan ancaman hukuman penjara lebih setahun sebelum dibenarkan pulang ke negaranya pada Selasa lalu.

Lapor The Guardian, menurut kumpulan advokasi Detained in Dubai, Elizabeth tiba di Dubai pada Julai lalu hanya untuk melakukan persinggahan selama sejam semasa perjalanan antarabangsa.

Kejadian di Dubai itu berlaku ketika Elizabeth bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang ke New York dari Istanbul pada 14 Julai lalu.

Pelajar berusia 21 tahun itu melakukan transit di lapangan terbang Dubai untuk penerbangan sambungan apabila pegawai kastam memintanya menanggalkan peranti pemampatan pinggang yang dipakainya selepas menjalani pembedahan.

Jelas kumpulan advokasi itu, Elizabeth mendakwa pegawai berkenaan memandangnya dalam keadaan pelik dan tidak mesra serta seolah-olah ketawa melihat luka pembedahannya.

Elizabeth kemudian menyentuh lengan salah seorang pegawai wanita itu secara perlahan untuk meminta bantuannya memakai semula peranti tersebut.

Pelajar itu dituduh `menyerang dan menghina’ pegawai kastam berkenaan.

Elizabeth ditahan di dalam bilik selama berjam-jam ketika pegawai tersebut memfailkan aduan rasmi terhadapnya sehingga mencetuskan proses kehakiman yang rumit.

Pegawai membenarkan Elizabeth meninggalkan bilik tersebut setelah dia menandatangani beberapa dokumen dalam bahasa Arab.

“Namun, apabila Elizabeth cuba menaiki pesawat untuk pulang ke AS, pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan dia dikenakan sekatan perjalanan dan tidak boleh meninggalkan negara itu,” jelas kumpulan advokasi itu.

Pada 24 Ogos lalu, hakim mengarahkan Elizabeth membayar denda sebanyak 10,000 dirham (RM12,851).

Elizabeth membayar denda itu namun tidak dibenarkan pulang ke AS, malah gadis itu dimaklumkan dia akan menghadapi hukuman penjara setahun selepas terpaksa menanggung sejumlah AS$50,000 (RM235,975) perbelanjaan undang-undang dan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya