Sembilan maut dalam dua insiden tembakan di Brazil - Utusan Malaysia

Sembilan maut dalam dua insiden tembakan di Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Dua kejadian tembakan berasingan di Rio de Janeiro dan negeri Bahia semalam mengakibatkan sembilan terbunuh, lapor Xinhua.

Di Rio de Janeiro, tiga doktor ditembak mati di pantai pelancongan Barra da Tijuca pada awal pagi.

Menurut laporan, tiga suspek keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tembakan ke arah mangsa, mengorbankan tiga nyawa dan mencederakan seorang lagi mangsa.

Sementara itu, enam ahli keluarga, termasuk seorang wanita hamil dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terbunuh di perbandaran Jequie, selatan Bahia, selepas kediaman mereka dimasuki penceroboh.

Tahun lalu, Jequie merupakan bandar paling berbahaya di Brazil dengan 88.8 kadar kematian bagi setiap 100,000 orang akibat keganasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya