Sekolah Russia pasang CCTV dalam tandas murid perempuan - Utusan Malaysia

Sekolah Russia pasang CCTV dalam tandas murid perempuan

CCTV dipasang di tandas murid perempuan sebuah sekolah di bandar Bolshoy Kamen, Russia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah sekolah di bandar Bolshoy Kamen di Russia menerima kritikan selepas bertindak memasang sistem kamera pengawasan di dalam tandas murid perempuan.

Sekolah berkenaan dilaporkan memasang tiga kamera pengawasan di bahagian pintu masuk ke tandas perempuan yang menyalurkan rakaman langsung terus ke bilik pengawal keselamatan.

Menurut pelajar dan ibu bapa, meskipun sistem kamera litar tertutup (CCTV) tidak diletakkan di dalam setiap bilik air, tetapi merakam setiap pergerakan di sekitar kawasan yang sepatutnya menjadi ruang paling peribadi di sekolah itu merupakan tindakan keterlaluan.

Ramai golongan pelajar turut meluahkan rasa tidak puas hati kerana tandas murid lelaki tidak dipantau dengan cara yang sama.

Pengetua sekolah berkenaan tidak menjelaskan mengapa hanya tandas perempuan dipantau namun mendakwa bahawa kamera diperlukan untuk memastikan pelajar tidak bergaduh, merokok atau terlibat dalam aktiviti lain yang tidak dibenarkan di sekolah.

Pihak pengurusan sekolah juga menegaskan bahawa bilik pengawal keselamatan tidak sentiasa dijaga oleh pegawai justeru pemasangan kamera itu secara teknikalnya bukan pencerobohan privasi.

Walaupun tiada aduan rasmi difailkan, liputan media yang meluas memaksa pihak sekolah berkenaan menutup sementara sistem CCTV tersebut.

Lembaga sekolah memaklumkan akan memutuskan sama ada untuk terus menggunakannya atau tidak.

Sistem CCTV tandas secara amnya dikritik, tetapi akhbar MK melaporkan, ramai penduduk tempatan memihak kepada pemasangan kamera berkenaan bagi menghalang pelajar sekolah daripada merosakkan harta benda, membuli rakan, merokok atau menggunakan dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya