Sekatan penuh Zionis di Gaza langgar Konvensyen Geneva - Utusan Malaysia

Sekatan penuh Zionis di Gaza langgar Konvensyen Geneva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan bahawa hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.

Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Taufan al-Aqsa pada Sabtu lalu.

“Beberapa tindakan (oleh Israel) seperti memotong bekalan elektrik, air dan makanan ke atas orang awam adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Sebelum ini PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) juga telah menyatakan perkara sama bahawa beberapa tindakan Israel melanggar hak asasi manusia,” kata Borrell semasa mesyuarat secara maya bersama Menteri Luar EU bagi membincangkan konflik Hamas-Israel.

Tambahnya, hukuman menyeluruh ke atas semua warga Palestin tidak adil dan tidak mendatangkan apa-apa hasil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya