Satu-satunya hospital rawatan kanser di Gaza bakal tutup operasi

Satu-satunya hospital rawatan kanser di Gaza bakal tutup operasi

JURURAWAT merawat pesakit di Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin di Gaza City. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketika beratus-ratus nyawa terkorban dalam serangan zionis di Hospital Al-Ahli Arab, Selasa lalu, Dr. Subhi Sukeyk menyaksikan satu lagi malapetaka yang bakal menjejaskan pesakitnya di satu-satunya hospital onkologi di Gaza.

Menurut laporan al-Jazeera, dua hari selepas perang bermula pada 7 Oktober lalu, rejim zionis melaksanakan ‘sekatan secara total’ di Semenanjung Gaza, menghalang sebarang kemasukan bahan api, air dan bekalan-bekalan lain ke wilayah itu.

Dr. Subhi, Pengarah Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin memberi amaran bahawa hospital itu telah kehabisan bekalan bahan api untuk menggerakkan penjana elektrik serta ubat-ubatan yang diperlukan untuk rawatan kemoterapi.

“Kami cuba mengekalkan beberapa perkhidmatan yang penting,” katanya sambil menambah beberapa perkhidmatan seperti radiologi telah dihentikan.

Gaza memperoleh sebahagian daripada bekalan elektrik daripada Israel, dengan bekalannya telah dipotong.

Selebihnya dijana oleh loji kuasa yang bergantung kepada bahan api yang diimport dari Israel untuk beroperasi.

Hospital Persahabatan Turkiye-Palestin beroperasi menggunakan penjana, juga dikuasakan oleh bahan api – yang mungkin akan kehabisan tidak lama lagi.

Ia akan memaksa hospital itu untuk ditutup walaupun ada perkhidmatan asas yang mampu disediakan.

Ini akan membahayakan nyawa ratusan pesakit yang memerlukan rawatan tepat pada masanya dan tetap untuk memerangi kanser.

“Unit rawatan rapi memerlukan banyak tenaga elektrik untuk beroperasi dan begitu juga dengan mesin oksigen.

“Ada rawatan kemoterapi terpaksa ditangguhkan, tetapi masa untuk mereka jalani rawatan sudah tiba untuk rawatan tumor,” kata Dr. Subhi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya