Satu maut pesawat ringan terhempas di Canberra - Utusan Malaysia

Satu maut pesawat ringan terhempas di Canberra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Sekurang-kurangnya seorang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di negeri New South Wales (NSW,) Australia hari ini.

Namun, pihak berkuasa negara ini masih belum dapat memastikan jumlah penumpang yang ada di dalam pesawat itu ketika kejadian berlaku.

Polis NSW mengesahkan dalam satu kenyataan, memaklumkan perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi pesawat terhempas di Gundaroo, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 35 kilometer utara Canberra.

kemalangan itu menyebabkan pesawat tersebut terbakar dan api dilaporkan sudah dipadam oleh Perkhidmatan Bomba Luar Bandar, selain pasukan polis dikerah ke tempat kejadian.

Pegawai giat menjalankan siasatan berhubung kejadian itu, termasuk mengesahkan bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya