Sampai bila Indonesia mahu 'kirim' jerebu?

Sampai bila Indonesia mahu ‘kirim’ jerebu?

KEBAKARAN hutan dan tanah semakin merebak di Ogan Ilir, Sumatera Selatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Masalah jerebu yang menyelubungi seluruh Indonesia kini dilaporkan semakin parah apabila semakin banyak titik panas dikesan di sejumlah kawasan yang berisiko.

Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Stesen Balikpapan mengesan sebanyak 200 titik panas di beberapa lokasi di Kalimantan Timur.

“Sebanyak 200 titik panas dikesan dalam pemantauan yang dilakukan pada pukul 1 hingga 4 petang semalam,” kata Penyelaras Bidang Data dan Maklumat Stesen Meteorologi Kelas I Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Diyan Novrida.

Katanya, lokasi 200 titik panas itu berada di enam daerah dengan 74 titik di Paser, tiga titik di Penajam Paser Utara, 46 titik di Kutai Timur, Kutai Kartanegara (61), Kutai Barat (7) dan Berau (8).

Titik panas merupakan petunjuk kebakaran hutan dan tanah yang dikesan di suatu lokasi, selain mencatatkan suhu lebih tinggi berbanding suhu di sekitarnya.

Sehubungan itu, Dian mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati agar tidak memburukkan lagi kebakaran hutan yang berlaku.

JANGKITAN PERNAFASAN MENINGKAT

Keadaan serupa juga dilaporkan berlaku di Kalimantan Selatan apabila semakin ramai penduduk menghidapi penyakit berkaitan sistem pernafasan akibat terhidu asap jerebu.

Ketua Pengarah Perancangan Perhutanan dan Pengurusan Alam Sekitar (PKLT) Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Hanif Faisol Nurofiq berkata, kes Jangkitan Pernafasan Akut (ISPA) semakin meningkat berikutan kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Selatan.

“Kualiti udara ketika ini amat tidak sihat, terutamanya di Banjarmasin dan Banjarbaru.

“Perkara ini perlu dipandang serius dengan jumlah pesakit ISPA semakin meningkat.

“Langkah segera seperti memindahkan penduduk di lokasi kebakaran ke tempat yang lebih selamat perlu dilakukan segera atau lebih banyak perkara tidak diingini akan berlaku,” katanya.

Kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera semakin meningkat sejak bulan lalu.

Kelmarin, Palembang juga diselubungi jerebu tebal yang disifatkan paling buruk pernah berlaku sehingga menyebabkan sesi persekolahan dilakukan secara dalam talian.

BANYAK LOKASI UDARA BAHAYA

Kebanyakan lokasi kebakaran hutan dan tanah merekodkan bacaan udara yang bahaya.

Keadaan di Kalimantan Tengah turut terjejas dengan jerebu dan pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup muka bagi mengurangkan terhidu asap jerebu.

Berdasarkan pemantauan terbaharu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kalimantan Tengah ketika ini adalah 317.

Terdapat juga kawasan berstatus darurat akibat kebakaran yang berlaku.

USAHA REDAKAN KEBAKARAN

Dalam pada itu, BNPB akan menggunakan teknologi pengubahsuaian cuaca (TMC) di beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah.

Operasi itu dijadualkan dilakukan pada awam Oktober, menurut Ketua Pusat Data, Maklumat dan Komunikasi BNPB, Abdul Muhari.

Katanya, sejumlah awan yang dinilai bersesuaian akan digunakan untuk melakukan pembenihan awan.

“Jika berjaya, hujan akan turun di kawasan terjejas dan kita harap langkah itu boleh mengurangkan kebakaran dan jerebu.

“Wilayah yang berada di bahagian utara garis khatulistiwa memiliki potensi awan hujan.

“Di Sumatera Selatan, kawasan paling sesuai untuk pembenihan awan adalah di Ogan Komering, kemudian di Kalimantan Selatan, Kalimantan Tengah,” ujarnya.

Selain itu, BNPB juga mengerahkan 13 unit helikopter untuk memantau titik panas di wilayah yang berlaku kebakaran hutan.

BANTAH JEREBU MASUK MALAYSIA

Sementara itu, BNPB menafikan jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah di negara ini ‘melintasi’ ke negara jiran, termasuk Malaysia.

Enam wilayah itu adalah Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya