Russia gantung import makanan laut Jepun

Russia gantung import makanan laut Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kerajaan Russia memaklumkan negaranya akan menggantung semua import makanan laut dari Jepun.

Tindakan itu mengikut jejak China selepas Jepun melepaskan air sisa dari loji nuklear Fukushima ke laut.

Agensi Russia yang mengawal selia hasil produk pertanian, Rosselkhoznadzor memaklumkan negara itu mengikut langkah sekatan sementara China dengan menggantung import ikan dan produk makanan laut dari Jepun bermula hari ini.

Jelas agensi itu, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut agensi tersebut, sekatan itu akan kekal sehingga maklumat lengkap yang diperlukan untuk mengesahkan keselamatan hasil makanan laut diperolehi.

Ogos lalu, China mengharamkan semua import makanan laut dari Jepun sejak isu pelepasan air sisa Fukushima.

Jepun pada 24 Ogos lalu memulakan fasa pertama pelepasan air tercemar yang dirawat dari loji Fukushima ke Lautan Pasifik dalam operasi yang dikatakan selamat.

Fasa kedua pelepasan air sisa Fukushima itu dibuat pada 5 Oktober lalu.

Berdasarkan data kastam, tindakan itu mencetuskan tindak balas daripada negara-negara jiran diketuai oleh China, yang mengimport lebih AS$500 juta makanan laut dari Jepun pada tahun lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya