Ramai rakyat dijadikan tebusan Hamas, Israel sukar tawan Gaza - Utusan Malaysia

Ramai rakyat dijadikan tebusan Hamas, Israel sukar tawan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Konflik Israel-Palestin membingungkan pihak berkuasa Israel untuk bertindak kerana turut membabitkan nyawa ratusan tebusan yang tidak diketahui di mana ditahan Hamas.

Tindakan pejuang Hamas menculik tebusan untuk ditukarkan dengan pejuang mereka yang ditahan Israel bukanlah amalan dan lazimnya diselesaikan melalui diplomasi atau kekerasan.

Namun, kali ini keadaannya berbeza kerana dianggarkan seramai 150 wanita, kanak-kanak dan lelaki ditahan Hamas di kubu kuatnya di Gaza selepas serangan ke atas Israel, Sabtu lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa Palestin berkata 1,500 warganya maut termasuk 500 kanak-kanak manakala Israel mendakwa sekurang-kurangnya 1,300 warganya maut, majoriti adalah orang awam.

Dalam pada itu, sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam, memberi amaran pihaknya akan membalas nyawa dengan nyawa bagi setiap korban rakyat awamnya yang menjadi mangsa serangan Israel.

Isu itu menjadi lebih sensitif bagi kerajaan Israel kerana tindakan yang bakal dilakukannya dengan operasi darat di Gaza yang berpotensi menggulingkan pihak berkuasa Hamas, tetapi pada masa sama, meletakkan tebusan pada risiko lebih besar.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang sering menjadi tuan rumah kepada pemimpin Hamas untuk rundingan, melancarkan usaha untuk membebaskan tebusan, menurut sumber Turkiye.

Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) berkata pihaknya sudah berhubung dengan kedua-dua pihak untuk memudahkan sebarang penghantaran bantuan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semalam dilaporkan berkata, Paris akan melakukan ‘segala yang mungkin’ untuk memastikan tebusan dibebaskan, tidak kira kewarganegaraan mereka.

Israel mengalami kehilangan nyawa ratusan orang, melancarkan serangan udara balas dendam yang membunuh ratusan rakyat Palestin, menjadikan memperlihatkan harapan diplomasi semakin suram pada ketika ini.

Keadaan itu berbeza dengan situasi krisis tebusan yang dihadapi oleh Israel pada masa lalu, kerana peperangan kali ini unik, berikutan ia membabitkan tebusan yang terdiri daripada orang awam, kata pakar.

Dengan jumlah rakyat Israel yang terbunuh terus meningkat, kerajaan menghadapi tekanan hebat di negara sendiri kerana kegagalan ketara perkhidmatan perisikan terkenal Israel, dengan pihak berkuasa mahu tebusan dibebaskan tanpa berlaku kehilangan nyawa.

Sementara itu, penganalisis berkata, pihak Hamas mengharapkan konsesi besar dengan mengambil sejumlah besar tebusan, termasuk pembebasan tahanan beramai-ramai yang membabitkan kira-kira 5,000 tahanan Palestin di penjara Israel serta penamatan sekatan Israel ke atas Gaza, yang diduduki rakyat Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya