Putin tiba di Beijing hadiri Forum BRI - Utusan Malaysia

Putin tiba di Beijing hadiri Forum BRI

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Presiden Russia, Vladimir Putin tiba di Beijing untuk menghadiri Forum Jalur dan Laluan (BRI) bagi Kerjasama Antarabangsa kali ketiga, lapor Sputnik.

Semalam, Pejabat Presiden Russia (Kremlin) mengumumkan bahawa Putin akan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 17 hingga 18 Oktober.

Pemimpin Russia itu dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Xi Jinping untuk berbincang mengenai perkongsian komprehensif dan kerjasama strategik Russia-Cina, selain isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Putin turut akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan pemimpin dari negara-negara lain yang menyertai forum berkenaan.

Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov turut tiba di Beijing pada Isnin untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Wang Yi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya