Pindah terminal bas guna jek hidraulik

Pindah terminal bas guna jek hidraulik

TERMINAL Stesen Bas Houxi di daerah Jimei Xiamen, wilayah Fujian. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekumpulan jurutera di China mencipta rekod dunia selepas memindahkan sebuah terminal bas seberat 30,000 tan di Xiamen ke lokasi baharu dengan `menolak’ keseluruhan bangunan itu merentasi tanah sejauh 288 meter dengan menggunakan ratusan jek hidraulik dan trek bergerak.   

Hasil kerja jurutera berkenaan berjaya meraih pengiktirafan Rekod Dunia Guiness. 

Lapor Oddity Central, Stesen Bas Houxi terletak di daerah Jimei Xiamen, wilayah Fujian. 

Kira-kira empat tahun lalu, pihak berkuasa tempatan memutuskan untuk  memindahkan salah satu terminal bas itu ke lokasi lain bagi memberi ruang kepada projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) baharu.

“Selepas menilai semua pilihan, pasukan jurutera memutuskan penyelesaian terbaik adalah `menolak’ bangunan itu pada sudut 90 darjah secara mendatar menggunakan salah satu sisinya sebagai titik tengah.

“Bahagian jauh terminal pula perlu digerakkan merentasi tanah sejauh kira-kira 288 meter.

“Ia agak sukar dilaksanakan untuk bangunan seberat 30,000 tan iaitu bersamaan berat sebanyak 170 pesawat penumpang Boeing 737,” jelas laporan itu.            

Tambah laporan, pasukan jurutera itu mencipta satu sistem yang bergantung pada landasan khas untuk membantu menggerakkan terminal bas itu, selain penggunaan kira-kira 532 jek hidraulik yang mampu mengangkat bangunan dari tanah dan mengekalkannya semasa dipindahkan.

Pada masa itu, akhbar tempatan Haixi Morning Post melaporkan pasukan jurutera tersebut menggunakan jek khas yang mampu bergerak automatik ke hadapan sekali gus mengangkut bersama terminal bas itu. 

Untuk mengurangkan kesilapan manusia, jurutera tersebut membahagikan beratus-ratus jek itu kepada dua kumpulan yang masing-masing dikawal oleh sistem komputer.

Kedua-duanya bekerja secara alternatif, dengan satu kumpulan mengangkat bangunan dan `bergerak’ ke hadapan sebelum kumpulan kedua mengulangi gerakan yang sama. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya