Pihak berkuasa Itali siasat nahas bas ragut 21 nyawa - Utusan Malaysia

Pihak berkuasa Itali siasat nahas bas ragut 21 nyawa

PASUKAN kecemasan melihat bangkai bas yang terbabas dan terbakar di bandar Mestre di Venice, Itali.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENICE: Pihak berkuasa Itali akan menjalankan siasatan lanjutan dan semakan segera ke atas nahas bas di Venice yang meragut 21 nyawa dan mencederakan 20 lagi termasuk pelancong asing.

Ketua pendakwa raya Venice, Bruno Cherchi mengesahkan semakan mengenai apa yang berlaku kepada bas itu sudah dilakukan termasuk usaha untuk menstruktur semula dengan tepat apa yang berlaku.

Menurut agensi berita Rai, lapan orang yang tercedera masih berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua dalam keadaan kritikal termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang melecur teruk.

Datuk bandar, Luigi Brugnaro berkata, kemalangan dahsyat itu turut melibatkan pelancong asing dan mengejutkan komuniti setempat.

Pegawai kecemasan memaklumkan, antara yang maut termasuk pelancong Ukraine manakala agensi berita ANSA melaporkan kematian turut membabitkan warga Jerman dan Perancis.

“Tiga warga Ukraine, seorang warga Croatia, Jerman dan Perancis adalah antara yang cedera,” katanya.

Bas itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari pusat bersejarah Venice ke tapak perkhemahan apabila pemandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jambatan dan terjunam berhampiran landasan kereta api sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan).

Bas berkenaan dilaporkan terbakar selepas terkena beberapa talian elektrik.

Menteri Dalam Negeri, Matteo Piantedosi berkata, faktor yang memburukkan nahas adalah gas metana menyebabkan api merebak dengan cepat.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya