Perkahwinan diraja pertama Portugal dalam tempoh 25 tahun - Utusan Malaysia

Perkahwinan diraja pertama Portugal dalam tempoh 25 tahun

DUCHESS of Coimbra dan suami, Duarte de Sousa Araujo Martins.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Portugal meraikan perkahwinan diraja pertama dalam tempoh lebih 25 tahun selepas Duchess of Coimbra, Infanta Maria Francisca de Bragança disatukan dengan pasangannya dalam majlis gilang gemilang di Istana Mafra.

Menurut CNN Portugal, anak perempuan tunggal Duke dan Duchess of Braganza yang berusia 26 tahun itu berkahwin dengan peguam, Duarte de Sousa Araújo Martins selepas bertunang tahun lalu.

Selepas adat istiadat mewah di Biara dan Istana Mafra selesai, pasangan bahagia itu kelihatan gembira ketika melangkah keluar dan melambai ke arah orang ramai yang turut hadir meraikan majlis tersebut.

Infanta Maria dilaporkan memakai dua gaun pengantin rekaan pereka terkenal, Luzia do Nascimento serta tiara berlian Ratu Amélie.

Perayaan perkahwinan itu difahamkan berlangsung sepanjang hujung minggu dengan Infanta Maria turut mengenakan busana tradisional rakyat Portugis dipanggil Minho dalam sambutan bersama keluarganya.

Lapor Daily Mail, pasangan itu turut diraikan dalam pesta upacara resepsi koktel sebelum diakhiri dengan makan malam di rumah Duke dan Duchess di Sintra, Lisbon.

Bercakap kepada CNN Portugal, Duarte mengakui beliau berhasrat untuk kekal menjalani kehidupan seperti pasangan biasa dan bersedia menemani isterinya yang dipanggil Chica ketika menghadiri majlis umum.

Pasangan itu juga dilaporkan akan berpindah ke London pada penghujung tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya