Penyebaran berita palsu konflik Palestin-Israel merebak

Penyebaran berita palsu konflik Palestin-Israel merebak

PELAJAR menyertai perhimpunan menyokong Palestin di universiti di New York.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Maklumat salah dan berita palsu turut merebak di media sosial ketika peperangan antara Israel dan Hamas dilaporkan semakin memuncak.

Insiden tersebut sekali gus mempersoalkan keupayaan platform media sosial terkemuka untuk memerangi penyebaran berita palsu.

Antara cerita rekaan yang disebarkan secara dalam talian adalah rakaman daripada permainan video didakwa sebagai adegan serangan Hamas.

Imej yang beredar kononnya menunjukkan tentera Israel ditangkap oleh pejuang Hamas juga sebenarnya darpada latihan ketenteraan di Gaza tahun lepas.

Beberapa catatan di laman Facebook, TikTok, dan X juga memaparkan dokumen White House yang jelas disunting seakan peruntukan bantuan ketenteraan berjumlah AS$8 bilion (RM37 bilion) diberikan kepada Israel.

Turut muncul video dengan terjemahan bahasa Inggeris palsu Presiden, Russia Vladimir Putin memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya tidak membantu Israel yang sebenarnya ucapan beliau dalam bahasa Russia tentang Ukraine.

Penyelidik berkata, skala dan kepantasan penyebaran maklumat palsu dalam talian berikutan serangan Hamas ke atas Israel tidak seperti sebelum ini, menjadikannya semakin sukar bagi pengguna untuk membezakan fakta daripada fiksyen.

Pemerhati berkata, lebih banyak tekanan kawal selia terhadap firma teknologi oleh kerajaan diperlukan untuk mengekang naratif palsu tetapi mengakui kerumitannya apabila melibatkan kandungan masa nyata.

Walaupun firma teknologi di semua bahagian bergelut untuk membendung kebanjiran maklumat tidak sahih di sekitar permusuhan Israel dan Palestin, laman media sosial X milik hartawan, Elon Musk dilihat mempunyai wabak berita palsu terburuk berkaitan peperangan tersebut.

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan turut memberi amaran kepada platform itu untuk menangani penyebaran maklumat salah atau berdepan denda yang tinggi.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya