Penerbangan tertunda kabin diserang nyamuk

Penerbangan tertunda kabin diserang nyamuk

TANGKAP layar video menunjukkan kru kabin menggunakan semburan nyamuk di dalam pesawat Volaris dari Guadalajara ke Mexico City.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Penerbangan dari Guadalajara ke Mexico City baru-baru ini dilaporkan tertangguh lebih dua jam gara-gara diserang puluhan ekor nyamuk yang memasuki kabin pesawat itu.

Penerbangan Volaris VOI221 dijadualkan berlepas pada pukul 4.30 petang (waktu tempatan) 6 Oktober lalu tetapi ditangguhkan sehingga 6.59 petang kerana anak kapal dan penumpang cuba menghalau serangga itu.

Video yang dirakam oleh penumpang dalam penerbangan tersebut menunjukkan kru kabin terpaksa menggunakan semburan nyamuk dengan asap racun serangga itu dilihat berkepul di dalam pesawat.

Penumpang lain turut dilihat cuba membunuh nyamuk menggunakan tangan dan helaian kad panduan keselamatan di tempat duduk mereka sambil menepis asap semburan yang memenuhi ruang udara kabin.

“Walaupun kabin sudah dipenuhi kepulan asap racun serangga, semburan itu masih tidak berkesan, malah menyebabkan lebih banyak nyamuk berterbangan.

“Nyamuk-nyamuk itu hanya berhenti mengganggu kami selepas lampu di dalam pesawat dipadamkan,” kata seorang penumpang kepada USA Today.

Menurut pegawai, Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara kerap diganggu serangga kerana terletak di tengah-tengah hutan tebal dan kawasan banjir yang sering menjadi tempat pembiakan nyamuk.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya