Penduduk Britain diberi amaran jangkitan parasit luar negara

Penduduk Britain diberi amaran jangkitan parasit luar negara

PENINGKATAN pergerakan pelancong selepas sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan pada akhir 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rakyat Britain khususnya pengembara diberi amaran mengenai peningkatan kes parasit di luar negara selepas sejumlah besar warganegara dijangkiti parasit pada tahun lalu.

Menurut pakar kesihatan, lonjakan pelancongan pasca Covid-19 ke destinasi eksotik mungkin menjadi punca peningkatan kes jangkitan parasit.

Lapor Daily Mail, kira-kira 1,000 kes jangkitan parasit berkaitan pengembaraan dikesan di United Kingdom (UK) pada tahun lalu.

Jumlah itu meningkat berbanding purata 870 kes dilaporkan sebelum pandemik.

Jangkitan sedemikian termasuk leishmaniasis, schistosomiasis dan strongyloidiasis disebarkan menerusi gigitan serangga atau cacing parasit.

Ia berupaya menjangkiti organ dalaman dan menyebabkan kerosakan jangka panjang sehingga boleh membawa maut.

Malah, ia boleh ditemukan di Maldives, Thailand, Indonesia, Brazil, Mexico dan Afrika Selatan, destinasi percutian musim sejuk yang popular bagi penduduk Britain.

Statistik berkenaan bertindak sebagai amaran kepada para pengembara untuk mengambil langkah berjaga-jaga ketika melancong ke destinasi percutian berkenaan. 

Ketua kesihatan UK memaklumkan peningkatan bilangan individu terkena gigitan serangga atau cacing parasit sudah dijangkakan pada era pasca pandemik.

Laporan mengenai beberapa penyakit seperti jangkitan bawaan nyamuk chikungunya, masih di bawah paras yang direkodkan sebelum Covid-19.

Hanya jangkitan parasit dan kolera mencatatkan jumlah kes yang tinggi. 

Sementara itu, Timbalan Pengarah di Agensi Keselamatan Kesihatan UK, DR. Meera Chand mengakui terdapat `peningkatan’ dalam jangkitan berkaitan pengembaraan pada tahun lalu.  

Katanya, situasi itu dijangkakan berikutan peningkatan dalam pergerakan pelancong selepas sekatan perjalanan antarabangsa dilonggarkan pada akhir 2021. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya