Pelancong terkejut lebih 200 kelawar 'tumpang tidur' dalam bilik hotel - Utusan Malaysia

Pelancong terkejut lebih 200 kelawar ‘tumpang tidur’ dalam bilik hotel

RADEK Zemen menangkap kelawar yang berterbangan di sebuah bilik di Hotel Art Nouveau Sloven di bandar Plzen, Republik Czech.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Pasangan pelancong yang bercuti di Republik Czech terkejut selepas mendapati lebih 250 ekor kelawar ‘menumpang tidur’ di dalam bilik hotel mereka di bandar Plzen.

Gambar tular menunjukkan seorang pekerja penyelamat haiwan, Radek Zemen dan penyambut tetamu hotel cuba menangkap 256 ekor kelawar yang terbang masuk melalui tingkap.

Pasangan yang menginap di Hotel Art Nouveau Sloven bertaraf tiga bintang di bandar Plzen dikatakan membiarkan tingkap dan pintu bilik tidur mereka sedikit terbuka pada malam itu.

Tetapi apabila mereka tersedar keesokan harinya, mereka mendapati ratusan kelawar Soprano yang sedang mengantuk di siang hari bergantungan di dinding, siling dan langsir bilik tersebut.

“Pintu dewan juga dibiarkan terbuka oleh kakitangan pembersihan, jadi kira-kira 50 kelawar bersembunyi di ruang antara dinding dan siling berhampiran perabot.

“Penyambut tetamu menunjukkan risalah dalam tiga bahasa antarabangsa yang diletakkan di setiap bilik memaklumkan tetamu dan kakitangan tidak boleh membiarkan tingkap terbuka kerana terdapat risiko pencerobohan kelawar.

“Tetapi malangnya mereka mengambil amaran itu secara sambil lewa. Ketika cuaca panas, anda perlu bersedia dengan lawatan tak diundang ini jika tidak berhati-hati,” kata Zemen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya