Pekerja muzium jual karya seni beli kereta, jam tangan mewah

Pekerja muzium jual karya seni beli kereta, jam tangan mewah

LUKISAN Das Marchen vom Froschkonig karya Franz von Stuck.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang kakitangan muzium Jerman ditahan kerana dilaporkan menukar beberapa lukisan asal dengan salinan palsu sebelum menjualnya untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

Bekas pekerja Muzium Deutsches di Munich yang berusia 30 tahun itu mengaku menggantikan sekurang-kurangnya empat lukisan dengan salinan palsu sepanjang tempoh dia bekerja dari 2016 hingga 2018.

Dia didakwa menjual karya seni itu dalam sesi lelongan dan menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang serta membeli pelbagai barangan mewah termasuk Rolls-Royce dan jam tangan mahal.

Premis lelongan yang terlibat dalam penjualan tiga lukisan asal tersebut mendakwa tidak mengetahui barangan tersebut adalah harta curi dan dilaporkan bekerjasama dengan pihak berkuasa ketika siasatan kes.

“Defendan tanpa segan silu mengeksploitasi peluang mengakses bilik simpanan dan menjual aset budaya yang berharga samata-mata untuk mendapatkan taraf hidup lebih tinggi dan cuba menunjuk-nunjuk,” jelas pendakwa raya.

Dalam kes pertama, lelaki itu dilaporkan mencuri karya seni Das Märchen vom Froschkönig atau Kisah Putera Katak oleh Franz von Stuck dan menipu firma lelong kononnya lukisan berkenaan milik moyangnya bagi memperoleh hampir 50,000 euro (RM248,458) secara tunai.

Dia kemudian menukar karya Eduard von Grützner dan Franz von Defregger sebelum menjualnya di firma lelongan sama untuk memperoleh puluhan ribu euro.

Helahnya untuk menjual karya Dirndl oleh Franz von Defregger, di premis lelongan berbeza di Munich gagal selepas tindakannya berjaya dihidu pihak pengurusan muzim tersebut .

Lelaki berkenaan berjaya mengelak daripada menjalani hukuman penjara, tetapi hanya digantung kerja selama 21 bulan dan diarah membayar balik muzium tersebut sekitar AS$64,000 (RM302,165) selepas mahkamah mengambil kira pengakuan lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya