Pejuang hak wanita Iran menang Hadiah Nobel Keamanan - Utusan Malaysia

Pejuang hak wanita Iran menang Hadiah Nobel Keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO: Pejuang hak wanita yang dipenjarakan, Narges Mohammadi, dianugerahkan dengan Hadiah Nobel Keamanan sebagai penghargaan terhadap perjuangannya menentang penindasan terhadap golongan itu di Iran.

Ketua Jawatankuasa Nobel Norway, Berit Reiss-Andersen, berkata Narges bukan sahaja diberi penghormatan atas perjuangannya menentang penindasan wanita di Iran, namun juga keberaniannya mempromosikan hak asasi manusia serta kebebasan untuk semua.

“Perjuangannya yang berani menyebabkan beliau menerima kesan yang besar. Secara keseluruhannya, beliau ditahan sebanyak 13 kali.

“Selain itu, Narges juga disabitkan bersalah sebanyak lima kali dan dijatuhkan hukuman penjara selamat 31 tahun serta 154 sebatan,” katanya.

Narges menghabiskan sebahagian besar daripada dua dekad yang lalu di dalam dan di luar penjara kerana kempennya menentang kewajipan pemakaian tudung untuk wanita dan hukuman mati.

Beliau ialah Naib Presiden Pusat Pembela Hak Asasi Manusia yang diasaskan oleh peguam hak asasi manusia, Iran Shirin Ebadi, yang juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2003.

Penerima nobel keamanan membawa pulang pingat emas, sijil dan wang tunai 11 juta kronor Sweden (RM4.7 juta).

Anugerah itu akan disampaikan pada majlis rasmi di Oslo pada 10 Disember sempena ulang tahun kematian pengasasnya, Alfred Nobel pada 1896.

Hadiah Nobel Keamanan adalah satu-satunya yang dianugerahkan di Oslo, dengan kategori lain diumumkan di Stockholm.

Semalam, penulis drama Norway, Jon Fosse, memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan.

Tahun lalu, hadiah itu diberikan kepada trio simbolik yang menentang perang iaitu kumpulan hak asasi manusia Memorial Russia, Pusat Kebebasan Sivil Ukraine dan peguam bela hak Ales Bialiatski yang dipenjarakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya