Peguam UK: Kibar bendera Palestin bukan jenayah

Peguam UK: Kibar bendera Palestin bukan jenayah

SUELLA Braverman bersama dua pegawai kanan polis Met di Golders Green Road di barat laut London.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peguam diskriminasi dan kumpulan hak asasi manusia terkemuka Britain menegaskan tindakan membawa bendera Palestin sebagai simbol solidariti terhadap perjuangan penduduknya tidak boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di negara itu.

Peguam, Yasin Patel berkata, jika orang ramai ingin menunjukkan kebebasan bersuara menggunakan bendera semasa perarakan yang menyokong perjuangan Palestin, mereka berhak sepenuhnya untuk berbuat demikian.

Jelasnya, tindakan itu merupakan hak asasi asas mengikut undang-undang United Kingdom (UK) dan termaktub dalam Piagam Eropah yang boleh dimanfaatkan.

“Dengan mengibarkan bendera Palestin, kita menyerlahkan simpati, kebimbangan, ingatan dan sokongan terhadap rakyat Palestin dan rakyat yang menderita. Tindakan itu tidak sepatutnya dikira sebagai satu kesalahan,” katanya kepada wartawan Arab News.

Komen itu dibuat sebagai tindak balas terhadap surat Setiausaha Dalam Negeri UK, Suella Braverman kepada ketua polis kanan awal minggu ini yang mengatakan bahawa tindakan mengibarkan bendera Palestin atau menyanyikan laungan menyokong kebebasan untuk wilayah itu mungkin akan dikira sebagai satu kesalahan jenayah.

Tegas Yasin, kenyataan Braverman juga jelas mengekang hak kebebasan bersuara dan mempamer sikap berat sebelah kerajaan negara itu.

“Jika pihak berkuasa mahu menangkap orang-orang yang membawa bendera Palestin, saya tidak ragu-ragu, beribu-ribu peguam dengan senang hati akan mewakili mereka di hadapan mahkamah untuk mempersoalkan kesalahan yang disabitkan.

“Kami mempunyai bendera Israel di Downing Street beberapa hari lalu. Tiada siapa pula yang mengatakan mereka tidak boleh berbuat demikian.

“Saya agak terkejut apabila kerajaan hanya menunjukkan sokongan kepada satu pihak tetapi tidak bersimpati kepada semua bayi, kanak-kanak dan penduduk tidak berdosa di Gaza yang sedang nazak dan hampir mati di tangan tentera Israel sekarang,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya