Palembang diselubungi jerebu tebal, pelajar tidak dibenarkan ke sekolah - Utusan Malaysia

Palembang diselubungi jerebu tebal, pelajar tidak dibenarkan ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRIVIJIYA: Bandar Palembang, Indonesia hari ini seolah-olah ‘hilang’ dari pandangan mata kasar ekoran asap jerebu tebal yang menyelubungi bandar itu sejak beberapa hari lalu,

Lapor CNN Indonesia hari ini, kota yang mempunyai populasi 1.8 juta itu dicemari dengan jerebu tebal dipercayai berpunca daripada hutan dan tanah secara terbuka di Sumatera Selatan.

Setakat ini, sejumlah 3.7 juta topeng muka diedarkan kepada penduduk bagi mencegah penularan jangkitan pernafasan.

Pengagihan dilakukan Ketua Biro Tata Usaha Sekretariat Kalimantan Selatan di empat kawasan lain yang turut terjejas antaranya Banjarmasin, Banjarbaru, Kabupaten Banjar, dan Batola.

Susulan jerebu tebal, pihak berkuasa Palembang turut mengarahkan supaya semua sekolah melakukan pembelajaran secara dalam talian bagi mengelakkan golongan pelajar terdedah dengan asap jerebu.

Sesi pembelajaran secara dalam talian itu berkuatkuasa hari ini dan akan berlangsung sehingga pemberitahuan kelak.

Di Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan sebanyak 353 titik panas telah dikenal pasti di Kalimantan dan 113 titik panas lagi di Sumatera.

Negara jiran termasuk Singapura dan Malaysia turut terjejas dengan jerebu tebal mengakibatkan kualiti udara mengalami di kedua-dua negara merosot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN