Orang ramai tidak sedar lelaki lemas dalam kolam - Utusan Malaysia

Orang ramai tidak sedar lelaki lemas dalam kolam

ROBERT SMITH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah video siaran langsung di laman media sosial baru-baru ini merakam detik tragis seorang warga emas lemas di dalam kolam pembaptisan ketika menjalankan aktiviti spiritual namun tidak disedari paderi dan beberapa individu yang berada di sisinya.

Mayat Robert Smith boleh dilihat terapung menghadap ke bawah di dalam air selama sekurang-kurangnya lima minit dalam rakaman yang diambil di kawasan taman kediaman di Erdington, Birmingham 8 Oktober lalu.

Smith yang berpakaian serba putih kelihatan gementar ketika dibawa masuk ke dalam kolam oleh seorang paderi wanita, Cheryl Reid-Bartley yang bercakap dan mengusap belakangnya sebelum merendamnya ke dalam air.

Lelaki berusia 61 tahun itu dilihat bergelut selama dua minit untuk mengekalkan kepalanya di atas permukaan tetapi kemudian tergelincir dan lemas.

Sekurang-kurangnya 12 individu yang berada berhampiran terus memukul rebana dan menyanyi ketika Reid-Bartley berzikir dan berdoa di dalam kolam berkenaan.

Sebelum rakaman tamat, penonton kelihatan berkerumun di sekitar kolam renang hanya beberapa meter dari Smith, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang kelihatan melihat tragedi itu berlaku.

Acara pembaptisan berkenaan disiarkan secara langsung di halaman Facebook gereja namun suapan itu dilaporkan dipendekkan dan siaran berkenaan kemudian dialih keluar selepas kejadian itu.

Lapor Daily Mail, perkhidmatan kecemasan dipanggil ke alamat berkenaan sejurus selepas 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan Smith diberi bantuan tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut rakannya, Smith sudah pun dibaptis ketika remaja tetapi mahukan upacara kedua untuk menjadi ‘orang beriman yang dilahirkan semula’ malah, keluarganya di Jamaica tidak membenarkannya menyertai acara itu kerana dia menghidap Parkinson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya