BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan operasi darat tentera Israel di Gaza sudah memasuki peringkat kedua, selain menyifatkan peperangan itu adalah sukar dan panjang untuk menentang pejuang Hamas.
Bercakap menerusi siaran televisyen, beliau mengesahkan pasukan tentera rejim Zionis itu sudah dikerahkan di keseluruhan Semenanjung Gaza di sebalik serangan bertubi-tubi semalaman.
Risalah telah dijatuhkan di Gaza bagi memberi amaran kepada penduduk mereka kini berada di ‘zon perang’ dan perlu meninggalkan kawasan itu dengan segera.
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memaklumkan angka korban kini sudah melebihi 8,000 orang.
Israel menyekat sebarang bentuk komunikasi sehingga menyebabkan terputus maklumat di Semenanjung Gaza dengan peningkatan pengeboman dan tembakan meriam.