Negara Arab bukan tidak mahu bantu Palestin, tapi...

Negara Arab bukan tidak mahu bantu Palestin, tapi…

TENTERA Israel melepaskan tembakan berhampiran sempadan Gaza di selatan Israel.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Ketika Semenanjug Gaza cuba bertahan dengan serangan bertubi-tubi dari Israel yang begitu berang dengan jihad dilakukan Hamas, mata dunia turut tertumpu kepada kesediaan dunia Arab untuk menghulurkan bantuan.

Komander tentera tertinggi Briged Al-Qassam, Mohammed Deif yang mengetuai pasukan sayap bersenjata Hamas yang bertanggungjawab dalam serangan itu, menyeru kumpulan militan bersekutu Iran di Lubnan, Syria dan Iraq untuk menyertai serangan terhadap Israel.

PENYOKONG HAMAS

Kumpulan pejuang Hezbollah di Lubnan merupakan yang pertama bertindak balas dengan melancarkan roket melintasi sempadan dan membunuh seorang pegawai kanan tentera Israel.

Kumpulan bersenjata Iraq dan Yaman yang bersekutu dengan Iran turut mengancam untuk menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat (AS) dengan peluru berpandu dan dron jika pentadbiran Presiden AS, Joe Biden campur tangan untuk menyokong Israel.

Kumpulan Hashd Al-Shaabi dari Iraq mengancam untuk melancarkan serangan ke atas tentera AS di Iraq jika negara itu terlibat secara langsung dalam konflik tersebut.

Iran dan proksinya di Lubnan, Iraq serta Yaman dipanggil Axis of Resistance menyokong kuat serangan Sabtu lalu yang menyaksikan pangkalan tentera Israel dan beberapa kawasan bandar ditakluk oleh pejuang Hamas.

Menurut agensi berita kerajaan Iran IRNA, Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan membuat panggilan telefon dengan pemimpin Hamas dan Jihad Islam Palestin (PIJ) selepas serangan bermula.

Isnin lalu, ketua kumpulan politik dan tentera Pertubuhan Badr, Hadi Al-Amiri turut mengeluarkan kenyataan mengecam AS.

“Jika mereka campur tangan, kami akan campur tangan dan kami akan menganggap AS sebagai semua sasaran yang sah,” katanya.

Pertubuhan Badr terdiri daripada sebahagian besar Pasukan Mobilisasi Popular Iraq (PMF), organisasi separa tentera negara yang mengandungi banyak puak yang disokong Iran.

Lewat Selasa lalu, roket dilepaskan dari Syria, di mana Hezbollah dan kumpulan pejuang lain yang disokong Iran mengekalkan kehadiran di sempadan Israel dengan persetujuan Presiden, Bashar Assad.

Di Yaman, pemimpin Syiah Houthi memberi amaran akan bertindak balas terhadap sebarang campur tangan AS di Gaza dengan dron, peluru berpandu dan pilihan ketenteraan lain malah bersedia untuk menyelaraskan campur tangan dengan anggota lain dari Axis of Resistance.

HALANGAN EKONOMI

Jika dilihat hanya kumpulan-kumpulan pejuang dan puak pemisah yang lantang bersuara mempertahankan perjuangan Hamas dan tampil menghantar pasukan mereka.

Dalam kes Lubnan, penganalisis percaya baik Hezbollah mahupun Israel tidak mahu terjebak dalam perang serantau besar atas sebab yang berbeza.

Menurut blog Tabung Kewangan Antarabangsa Jun, gabungan risiko fiskal dan perkembangan luaran seperti kenaikan kadar faedah, lonjakan harga makanan serta bahan api meletakkan kewangan awam ekonomi berpendapatan rendah dan sederhana dunia Arab terjejas teruk.

Di Lubnan, beberapa ahli politik memberi amaran supaya tidak mengheret negara itu ke dalam konflik Israel-Hamas.

Mereka menegaskan bahawa kestabilan dan perpaduan di tengah-tengah krisis ekonomi yang berlarutan harus diutamakan.

Menteri Luar Lubnan, Abdallah Bouhabib turut menuntut jaminan daripada Hezbollah supaya tidak menyertai pertempuran tanpa provokasi, manakala Perdana Menterinya, Najib Mikati menekankan keperluan untuk memelihara keselamatan.

Penganalisis berkata, kerajaan di Lubnan yang sudah hampir setahun tanpa presiden, tidak mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan Hezbollah tetapi sejauh mana mereka bersedia untuk terlibat dalam konflik Gaza bergantung pada tahap Israel menghadapi Hamas.

Semalam, Menteri luar negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar di Kaherah untuk membincangkan serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.

Pertemuan itu diadakan berikutan gesaan Pihak Berkuasa Palestin untuk membincangkan usaha Liga Saudi menghentikan pengeboman Israel yang sudah berlarutan hampir seminggu.

Seperti dijangka, diakhir mesyuarat pemimpin Liga Arab hanya mengeluarkan resolusi gesaan dan seruan tindakan antarabangsa segera untuk menghentikan perang di Semenanjung Gaza. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN