NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi mempamerkan solidariti terhadap Israel selepas kumpulan pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut sejak Sabtu lalu.
Beliau berkata, India berdiri dalam solidariti dengan Israel.
“Sangat terkejut dengan berita serangan di Israel. Fikiran dan doa kami bersama mangsa yang tidak bersalah dan keluarga mereka.
“Kami berdiri dalam solidariti dengan Israel pada masa yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial X.
Kenyataan itu dibuat oleh Modi walaupun beliau sebelum ini diketahui terkenal dengan dasar atas pagarnya mengenai perang di Ukraine.-AGENSI