Mike Johnson dipilih Speaker Dewan Perwakilan AS - Utusan Malaysia

Mike Johnson dipilih Speaker Dewan Perwakilan AS

MIKE Johnson mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Perwakilan AS yang baharu di bangunan Capitol di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Mike Johnson akhirnya dipilih sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang baharu, sekali gus menamatkan kemelut pemilihan jawatan itu yang berlarutan selama beberapa minggu.

Ahli Parlimen dari Republikan yang juga sekutu setia bekas Presiden Donald Trump, memenangi sokongan sebulat suara daripada partinya untuk memegang jawatan tersebut yang kosong sejak tiga minggu lalu.

Johnson memenangi pengundian selepas menerima 220 undi menyokong beliau berbanding 209 yang menentang.

Johnson, 51, merupakan pemimpin Republikan keempat yang dicalonkan untuk jawatan Speaker Dewan Perwakilan AS sejak 3 Oktober lalu.

Anggota Kongres dari Louisiana itu menggantikan Kevin McCarthy yang disingkirkan daripada jawatan Speaker Dewan Perwakilan AS menerusi pengundian dijalankan dalam kalangan penggubal undang-undang pada awal bulan ini.

McCarthy merupakan Speaker pertama disingkirkan menerusi usul yang dikemukakan perwakilan.

Ia berikutan tindakan McCarthy yang bekerjasama dengan parti Demokrat untuk meluluskan peruntukan perbelanjaan bagi mengelakkan urusan kerajaan menjadi lumpuh.

Sementara itu, Presiden AS, Joe Biden mengucapkan tahniah dan menggesa Johnson untuk bertindak segera meluluskan usul bantuan ketenteraan untuk Israel dan Ukraine.

“Kita perlu bergerak pantas menangani keperluan keselamatan dan mengelakkan penutupan kerajaan dalam tempoh 22 hari,” katanya dalam kenyataan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya