Mangsa korban banjir glasier di India naik 56 orang - Utusan Malaysia

Mangsa korban banjir glasier di India naik 56 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Sekurang-kurangnya 56 orang disahkan terkorban dalam banjir glasier yang berlaku di timur laut India sehingga hari ini.

Banjir kilat melanda negeri Sikkim pada Rabu lalu selepas hujan lebat menyebabkan tasik glasier melimpah.

“Setakat ini, sebanyak 26 mayat sudah ditemukan di Sikkim.

“Selebihnya ditemukan di sungai Teesta menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan dan masih diteruskan sehingga kini,” kata jurucakap pihak berkuasa, Anilraj Rai.

Antara yang maut termasuk tujuh anggota tentera India.

Selain itu, lebih 100 mangsa masih hilang.

Menurut buletin kerajaan negeri, hampir 8,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kem bantuan sementara yang didirikan di sekolah, pejabat kerajaan dan rumah tumpangan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya